KEPRIHATINAN MAHASISWA PEMACU MODAL INSAN CEMERLANG
MAJLIS KOLEJ KEDIAMAN UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU
 
Jumaat,20/9/10 - Penganjuran program merdeka kali ini memberikan kelainan dari segi konsep anjuran, penglibatan peserta dan pihak luar juga sambutan penghuni kolej kediaman. Program yang dirasmikan oleh Pengarah Penempatan dan Kemudahan Pelajar, Dr.Munir telah mencapai objektif yang disasarkan selain memperkenalkan secara ekseluruhan ahli-ahli Majlis Kolej Kediaman atau lebih dikenali sebagai MKK.

Antara aktiviti yang telah dijalankan ialah program Konvoi berbasikar kibar Jalur Gemilang bersama masyarkat, pertandinganmencipta Jalur gemilang dengan menggunakan barangan terpakai dan juga pertandingan congkak. Program ini menawarkan hadiah, cendermata,baju dan juga sijil penyertaan kepada kategori terpilih.


Menurut pengarah program, saudari Siti Nazirul Ishak, Exco Sukan dan Warisan daripada Kolej Sheikh Abdul Malek, beliau amat  berpuas hati dari segi sambutan dan penyertaan kali ini. beliau yang juga berpengalaman dalam penganjuran aktiviti di universiti melahirkan rasa bersyukur dan gembira di atas kerjasama yang diberikan oleh pihak Penempatan dan Kemudahan Pelajar (PKP) dan juga  ahli-ahli Majlis Kolej Kediaman yang memberikan komitmen yang tinggi sepanjang penganjuran program ini. Beliau juga melahirkan harapan agar penganjuran program seumpama ini berterusan dan dapat memberikan impak yang lebih besar kepada bukan sahaj golongan mahasiswa tetapi belia-belia disekitar Universii Malaysia Terengganu. - MKK 09/10



Leave a Reply.

    TERKINI

    Kurusu Kepimpinan dan Jati Diri Majlis Kolej Kediaman sesi 09/10

    Archives

    September 2010

    Categories

    All

    Picture


MKKUMT.UMT.WEEBLY.COM