KEPRIHATINAN MAHASISWA PEMACU MODAL INSAN CEMERLANG
MAJLIS KOLEJ KEDIAMAN UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU
 
Aktiviti Dark Shadow atau rondaan malam merupakan rutin tahunan Majlis Kolej Kediaman (MKK) atau dahulunya dikenali sebagai Jawatankuasa Kebajikan dan Penginapan Pelajar (JKPP). Sambutan yang baik dikalangan para penghuni kolej kediaman akan keperluan aktiviti ini disamping sokongan dan komen membina yang diberikan membuatkan ia sebagai saatu tanggungjawab yang perlu digalas oleh semua ahli MKK pada sesi ini.
 
Apa itu Dark Shadow?
            Dark Shadow atau rondaan malam adalah satu aktiviti berkala dan melibatkan semua anggota majlis kolej kediaman. Aktiviti lebih memfokuskan kepada keselamatan dan keselesaan penghuni kolej kediaman diwaktu malam. Selain itu, penghuni yang masih berada di sekitar asrama dinasihatkan untuk berpindah ke lokasi-lokasi utama seperti di kafeteria.


             Para pelajar juga ditegah untuk duduk berdua-duaan lelaki dan perempuan disekitar kawasan asrama atas faktor keselesaan penghuni asrama lain dan ianya juga dilarang dalam agama. Segala peraturan asrama yang berkaitan akan diterapkan dalam aktiviti ini untuk mewujudkan kondisi yang selesa.


               Kesempatan ini juga digunakan oleh ahli-ahli MKK untuk bermesra-mesra dan bertegur sapa dengan penghuni kolej kediaman. Mereka yang mempunyai masalah boleh juga menyampaikannya dan meminta pendapat daripada mereka. Mereka juga ditugaskan untuk melaporkan setiap kali selesai menjalankan tugas dan dihantar kepada Exco Keselamatan dan Kesihatan untuk dibuat semakkan.


 Kerjasama dan sokongan semua pihak untuk menjayakan aktiviti ini amat diperlukan demi memelihara keharmonian dan keselamatan Kolej kediman kita. - Editor



Leave a Reply.


MKKUMT.UMT.WEEBLY.COM