Harga petrol RON97 naik 15 sen lag - MAJLIS KOLEJ KEDIAMAN UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU KEPRIHATINAN MAHASISWA PEMACU MODAL INSAN CEMERLANG
MAJLIS KOLEJ KEDIAMAN UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU
 
Picture
Harga petrol RON97 akan dinaikkan 15 sen lagi kepada RM2.30 seliter berkuatkuasa 1 Disember ini, mengikut sumber.

Pengumuman rasmi dijangka akan dibuat lewat hari ini. Bagaimanapun harga petrol RON 95 kekal tidak berubah pada RM1.85 seliter.



Harga petrol RON 97 tidak ditetapkan kerajaan kerana ia diapung mengikut pasaran minyak dunia semasa.Pada 1 Nov lalu, harga petrol RON97 dinaikkan 5 sen menjadi RM2.15 seliter.

Sementara itu, selepas mempengerusi mesyuarat majlis tertinggi Umno, malam semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata kenaikan harga petrol RON97 yang kinitidak lagi diberikan subsidi oleh kerajaan, adalah berdasarkan kepada harga semasa pasaran dunia dan bukan ditetapkan oleh kerajaan."RON97 merupakan sesuatu yang ditentukan oleh pasaran bukan oleh kerajaan, (iaitu) kalau ada kenaikan (harga) disebabkan harga minyak itu naik dan kalau ada penurunan adalah disebabkan harga minyak turun," katanya




Leave a Reply.

    Picture

    Editor

    Dapatkan isu-isu nasional, antarabangsa, sukan, ekonomi dan pelbagai rencana di laman ini

    Categories

    All

    Picture

    LINKS PAGE

    All


MKKUMT.UMT.WEEBLY.COM