86 Kanak-kanak Terpilih Sertai Permata Seni Muzik Dan Koir - MAJLIS KOLEJ KEDIAMAN UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU KEPRIHATINAN MAHASISWA PEMACU MODAL INSAN CEMERLANG
MAJLIS KOLEJ KEDIAMAN UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU
 
Picture
KUALA LUMPUR, 11 Jan 2010 (Bernama) -- Seramai 86 kanak-kanak terpilih sebagai kumpulan pertama menyertai program Permata Seni Koir dan Permata Seni Muzik bagi mengembangkan bakat seni mereka.

Isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor berkata 51 daripadanya terpilih menyertai Permata Seni Koir selepas melepasi uji bakat yang berlangsung sepanjang September hingga November lepas.

"Permata Seni Koir yang dikendalikan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) adalah satu landasan untuk menyerlahkan bakat kanak-kanak berusia 7 hingga 12 tahun yang cemerlang dalam bidang seni suara atau vokal khususnya nyanyian berbentuk koir," katanya ketika melancarkan program Permata Seni Koir dan Permata Seni Muzik di sini Isnin.

Rosmah yang juga penaung program Permata Negara berkata sepanjang program latihan selama setahun, mereka yang terpilih akan dibimbing oleh tenaga terlatih tempatan, di samping berpeluang menyertai Kem Permata Seni Koir iaitu program pembelajaran intensif semasa cuti sekolah dengan bimbingan tenaga pengajar dari luar negara.

Program Permata Seni Muzik pula dikendalikan Istana Budaya dan menjurus kepada kanak-kanak yang cemerlang dalam bidang permainan alat muzik khususnya muzik bertali seperti biola, viola, cello dan piano, katanya.

Beliau berkata mereka yang terdiri daripada 35 peserta itu terpilih semasa proses uji bakat sepanjang September hingga Oktober lepas dan perlu menyertai program latihan sepanjang tahun dan menghadiri Kem Permata Muzik yang diadakan semasa cuti sekolah.

"Adalah menjadi harapan saya agar Permata Seni Koir dan Muzik dapat melahirkan kumpulan koir dan muzik kanak-kanak yang seterusnya dapat diketengahkan di peringkat antarabangsa," katanya.

7/18/2012 05:01:14 pm

Hey, you?re the goto expert. Thanks for haingng out here.

Reply
4/1/2013 06:43:53 pm

I am very happy to read this. This is the kind of manual that needs to be given and not the random misinformation that is at the other blogs. Appreciate your sharing this best doc.

Reply



Leave a Reply.

    Picture

    Editor

    Dapatkan isu-isu nasional, antarabangsa, sukan, ekonomi dan pelbagai rencana di laman ini

    Categories

    All

    Picture

    LINKS PAGE

    All


MKKUMT.UMT.WEEBLY.COM