KEPRIHATINAN MAHASISWA PEMACU MODAL INSAN CEMERLANG KEPRIHATINAN MAHASISWA PEMACU MODAL INSAN CEMERLANG
MAJLIS KOLEJ KEDIAMAN UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU
Picture

Konsep Wasatiyah sebagai penjana 1Malaysia 1 Ummah

Picture
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berkata, umat Islam perlu menghayati dan mengamalkan konsep Wasatiyah yang akan melahirkan 1 ummah yang progresif.

Katanya, Wasatiyah yang bermaksud sederhana, pertengahan dan seimbang akan melahirkan ummah yang berpaksikan kekuatan keimanan kepada Allah, tanpa mengabaikan kebajikan rakyat, tanpa mengira bangsa dan agama, dalam konteks masyarakat majmuk di Malaysia.

Najib berkata, dalam merealisasikan Gagasan 1Malaysia yang lebih memfokus hala tuju umat Islam di negara ini, satu konsep yang bersifat komprehensif dan bersepadu perlu dirintis selaras dengan tuntutan agama Islam bagi menangani pelbagai isu dan masalah semasa yang berlaku.

Konsep Wasatiyah atau kesederhanaan ini adalah baik dan sangat digalakkan oleh Islam kerana perbuatan yang lebih daripada yang sepatutnya dilakukan adalah dianggap melampau begitu juga perbuatan yang kurang daripada yang sepatutnya dilakukan adalah dianggap suatu kecuaian.

"Maka umat Islam tidak boleh jumud dan ekstrim begitu juga tidak boleh terlalu bebas lepas tanpa sempadan,” katanya ketika berucap merasmikan Majlis Perjumpaan Bersama Ulama dan Umara dan pelancaran Gagasan 1Malaysia dan Logo 1 Ummah peringkat agensi-agensi agama seluruh Malaysia

sumber: utusan.com.my

Picture

Hari Tanpa Beg Plastik 2011 Realiti atau Fantasi?

Picture
Kempen 'Hari Tanpa Beg Plastik'  yang dilancarkan bermula 1 Januari 2011 mendapat reaksi pelbagi pihak. Tidak kurang yang menyokong mahupun merungut. Namun apakah ianya menjadi halangan untuk dilaksanakan. Penulis melihat kempen Hari Tanpa Beg Plastik setakat ini hanya disertai oleh pasaraya-pasaraya besar seperti 7-Eleven, Tesco, Giant dan sebagainya. Hakikatnya ia tidak mendapat smabutan menyeluruh oleh peruncit-peruncit yang masih menjadikan plastik sebagai pelihannya.  Berbanding disesetengah negara maju yang menjdaikan beg kertas sebagai pilihan mungkin kerana fizikalnya juga mudah diurai secara biologi tidak seperti beg plastik. Penulis juga yakin kos pembuatannya jauh lebih murah berbanding alternatifnya.

                      Reaksi positif daripada pelbagai pihak mampu memberikan impak yang besar kepada kempen tersebut. Tidak kurang pula sokongan dikalangan mahasiswa diseluruh IPTA/S. Penggunaan beg plastik di dalam kampus perlu dikurangkan. Sebagai contoh, ketika persidangan kolej-kolej kediaman (SEPAKAT 2010) tahun lalu, sebuah kolej kediaman daripada Universiti Sains Malaysia kampus  induk telah melaksanakan kempen kitar semula. Apa yang menariknya, pengusaha kafeteria tidak menyediakan polisterin tetapi mahasiswa perlu membawa bekas sendiri untuk membeli makanan di kafeteria kolej berkenaan. Caj bekas baru dikenakan sekiranya tidak membawa bekas. Satu pengiktirafan perlu diberikan kepada mereka kerana berjaya memupuk semangat Cinta Alam Sekitar.

                   Di Universiti Malaysia Terengganu, Majlis Kolej Kediaman akan membincangkan isu ini sebagai tanda menyokong hasrat kerajaan untuk mejaga alam sekitar yang telah dipinjamkan daripada generasi akan datang. Pokoknya kami memerlukan beberapa cadangan dan kajian bagi melaksanakan kempen tersebut. Beberapa exco telah di pertanggungjawabkann bagi membentuk jawatankuasa untuk menjayakan kempen ini. Exco yang terlibat ialah Exco Keselamatan dan Kesihatan, Exco Penempatan, dan Exco Kebajikan dibawah pemantauan bahagian Tugas-tugas Khas. Kami masih lagi belum  membuat perbincangan terperinci bersama pengetua dan felo tetapi akan berbuat demikian dalam minggu depan untuk memastikan ianya cepat dilaksanakan.

                Sokongan mahasiswa bukalah untuk menjayakan kempen ini semata-mata, tetapi untuk memelihara alam sekitar. Ingatlah alam sekitar yang kita nikmati sekarang bukanlah milik kita. tetapi ianya dipnjamkan daripada generasi akan datang kepada kita. Jadi hargaialah anugerah yang telah dikurniakan kepada kita.
'

Pelajar IPT terdedah kemalangan motosikal

Picture
TEMERLOH 7 Dis. – Semua institusi pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta disaran mengadakan lebih banyak aktiviti konvoi bermotosikal kerana ia dapat mendidik pelajar tentang keselamatan jalan raya.

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, lebih 70 peratus pelajar IPT menggunakan motosikal dan ia mendedahkan mereka kepada bahaya kemalangan.

Katanya, hanya segelintir pelajar memiliki kereta dan menaiki kenderaan awam.Kadar kemalangan motosikal adalah 17 kali ganda lebih tinggi berbanding pengguna jalan raya lain seperti kereta, bas dan pejalan kaki,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melepaskan Konvoi Muhibah 1Malaysia Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi di taman rekreasi Kubang Gajah, di sini hari ini.

Konvoi Muhibbah 1Malaysia disertai lebih 100 pelajar membabit 27 politeknik seluruh negara bertujuan mendedahkan mereka dengan aktiviti masyarakat setempat terutama di kawasan luar bandar.

 Utusan Malaysia


Gangguan Bekalan Air

Picture
Selasa, 23 Nov - Gangguan bekalan air sekitar daerah Kuala Terengganu disebabkan terputusnya bekalan elektrik dikawasan proses pengepaman air Syarikat Air Terengganu (SATU). gangguan ini disahkan oleh pihak TNB dan pihaknya sedang melakukan kerja-kerja pembaikpulih. 

               Gangguan ini meliputi kawasan Kuala Terengganu. Pihak Majlis Kolej kediaman melalui Exco Penempatan dan Kemudahan Pelajar dan Penempatan dan Kemudfhan Pelajar, telah menghubungi pihak SATU mengenai isu ini. Sekiranya gangguan bekalan mengambil masa yang lama, pihak kami telah memohon untuk mendapatkan bekalan air tambahan yang dihantar melalui lori tangki air. 
         Walaubagaimanapun sekiranya bekalan air telah pulih di peringkat pusat, ia tetap mengambil masa yang lama untuk tangki di universiti kita pulih seperti biasa. ini disebabkan, gangguan ini meliputi lingkungan kawasan yang sangat luas

                  Justeru itu, pihak Majlis Kolej Kediaman telah dimaklumkan oleh Penempatan dan Kemudahan Pelajar atas gangguan tersebut. Anda dinasihatkan agar berjimat cermat semasa menggunakan air semasa dan selepas gangguan ini.Anda juga dinasihatkan agar tidak menggunakan air diwaktu puncak untuk mandi, membasuh dan sebagainya.

        Sebelum ini, gangguan air yang berpunca pada saluran paip 450mm MS Outlet dari tangki Bukit Berangan ke kawasan Perindustrian Gong Badak serta sekitarnya telah pecah.


Segala kesulitan amat kami kesali bersama.
 MKK


Kiswa Kaabah ditukar

Picture
Kain penutup Kaabah yang dikenali sebagai 'Kiswa' diganti baru dalam satu majlis tahunan di Makkah yang disiarkan secara langsung oleh televisyen tempatan.

Menurut sebuah akhbar tempatan di Makkah, Saudi Gazette, majlis pemasangan Kiswa yang baru itu disempurnakan oleh para petugas dari Majlis Agung yang menjaga Hal Ehwal Dua Masjid Suci.

Kiswa baru berharga SR20 juta (100 Saudi Riyal bernilai kira-kira USD26.67) setinggi 14 meter yang diperbuat dari sutera serta bersulam benang emas itu dihasilkan di sebuah kilang khas.

Ia turut merangkumi satu langsir di bahagian pintu Kaabah yang diperbuat daripada sutera khas, enam setengah meter tinggi dan tiga meter lebar, yang dihiasi dengan ayat-ayat suci Al-Quran yang disulam indah dengan benang diperbuat daripada emas dan perak.

- Bernama


Bas ke Masjid UNISZA

Picture
Buat penghuni Kolej Kediaman UMT, pihak Majlis Kolej Kediaman telah pun memohon kepada pihak pentadbiran untuk menyediakan bas Solat Sunat Hari Raya AidlAdha pada 17 Nov 2010.
          Sehubungan itu, semua mahasiswa dan Mahasiswi yang ingin menunaikan solat sunat AidlAdha, bolehla menggunakan perkhidmatan bas ini pergi dan pulang. Butiran mengenainya adalah seperti berikut
  
 Masa                              : 17.15 pagi hingga 8.00 pagi
  Tempat menunggu    : Berdekatan stadium   UMT
Pihak MKK amat menggalakkan untuk semua mahasiswa yang beragama Islam dapat menunaikan solat sunat bersama-sama. Inilah saatnya itu kita bersama-sama merasai nikmat Aidladha di perantauan. Walaupun berada diambang peperiksaan, luangkanlah masa bersama untuk perbanyakkan takbir.


Selamat menyambut
                          Hari Raya Aildil Adha  buat seluruh warga Kolej Kediaman 
                                                                  daripada  Majlis Kolej Kediaman, Felo dan Penempatan dan Kemudahan Pelajar

                                                              

Kawasan anda diserang Denggi

Picture
Kempen Denggi yang semakin hangat dipertingkatkan adalah untuk memberi kesedran kepada semua pihak untuk berhati-hati terhadap nyamuk Aedes.Pihak Majlis Kolej Kediaman (MKK) ingin berkongsi sedikit informasi mengenai Demam Denggi. Semoga ianya akan memberi kesedaran kepada kita tentang bahayanya demam denggi ini.

Bagaimanakah terjadinya demam denggi? 

Vektor demam denggi adalah nyamuk Aedes betina. 

Nyamuk yang telah dijangkiti membawa virus denggi di dalam badannya. Virus ini kemudiannya dipindahkan kepada manusia semasa proses menghisap darah. Sebaik sahaja seseorang itu digigit, virus denggi akan memasuki dan beredar di dalam aliran darahnya, maka bermulalah penyakit ini. 

Apakah penyebab demam denggi? 

Penyakit demam denggi berpunca dari 4 jenis virus denggi yang dipindahkan kepada manusia melalui nyamuk Aedes yang telah dijangkiti. 

Pada asasnya terdapat 4 jenis virus denggi iaitu flavivirus DEN-1, DEN-2, DEN-3 dan DEN-4. Semua nyamuk Aedes berupaya bertindak sebagai vektor virus denggi sebelum memindahkannya kepada manusia. Walau bagaimanapun, vektor utama virus ini ialah nyamuk Aedes Aegypti. Vektor lain adalah seperti nyamuk Aedes Albopictus yang merupakan vektor virus denggi di kawasan bandar.

Demam Denggi 

Ciri-ciri klinikal demam denggi berubah-ubah mengikut umur pesakit: 

Bayi dan kanak-kanak mungkin mengalami demam yang sukar dibeza-bezakan beserta dengan kemunculan ruam. 

Orang dewasa dan kanak-kanak yang lebih tua mungkin mengalami sama ada sindrom demam yang tidak serius ataupun demam kuat yang mengejut, sakit kepala yang teruk, ruam dan sakit di belakang mata, otot dan sendi. 

Pendarahan kulit adalah fenomena lazim. 

Kadar kematian amat rendah. 

Penyakit ini lazimnya bermula dengan peningkatan suhu badan yang mendadak, diikuti gejala-gejala lain yang tidak khusus seperti merah muka dan lain-lain gejala demam denggi yang tidak spesifik. 

Rasa tidak selesa di bahagian ulu hati (epigastrik), sensitif di bahagian rusuk kanan dan sakit di bahagian abdomen merupakan fenomena biasa demam denggi berdarah.

Demam selalunya berterusan selama 2-7 hari dan suhu badan boleh meningkat setinggi 40-41oC dan mungkin diikuti dengan kekejangan dan pendarahan. 

Dalam kes-kes yang sederhana teruk, selalunya semua tanda dan gejala penyakit hilang selepas demam sembuh. 

Pesakit biasanya sembuh secara spontan atau selepas diberi terapi cecair dan elektrolit (ion berasingan seperti natrium, klorida, potasium, bikarbonat dan lain-lain) 

Sindrom Renjatan Denggi 

Bagi kes-kes yang serius, keadaan pesakit merosot dengan mendadak selepas demam beberapa hari. Tanda-tanda kegagalan peredaran darah dapat dilihat: 

Kulit pesakit menjadi dingin, lebam dan padat dengan darah terkumpul, sianosis sirkumoral (circumoral cyanosis) dan pesakit merasa tidak selesa. Seterusnya, melarat ke tahap renjatan yang kritikal. 

Renjatan dicirikan oleh denyutan nadi yang lemah dan cepat, tekanan darah rendah (hipotensi)(keadaan ini menurun secara tidak normal), kulit menjadi dingin serta lembap dan terasa tidak selesa. Pesakit yang mengalami renjatan adalah dalam keadaan bahaya dan boleh mengancam nyawa jika rawatan bersesuaian tidak diberikan segera. Jangka masa renjatan adalah pendek. Pesakit mungkin meninggal dunia dalam tempoh 12 - 24 jam atau sembuh dengan cepat selepas diberi terapi antirenjatan. 

Apakah komplikasi yang mungkin timbul? 

Komplikasi demam denggi ialah: 

Demam Denggi Berdarah. 

Sindrom Renjatan Denggi.


Isu Semasa : Statistik Anak Luar Nikah

Picture
Penularan gejala sosial dikalangan remaja hari ini kian membimbangkan. Walaupun pelbagai usaha ditingkatkan bagi menangani maslah ini, namun ia masih lagi menemui jalan buntu kesan media yang tidak dikawal. 'Melentur buluh biarlah dari rebungnya'  acap kali kita dengar pepatah melayu ini diungkapkan. Ibarat curah air ke daun keladi, tiada siapa mahu mengaplikasikannya dalam menangani masalah ini. Apa tidaknya, media seringkali menghidangkan babak yang mengghairahkan setiap lapis masyarakat. Tidak hairanlah sekiranya timbul kes dikalangan warga emas dan juga remaja bawah umur. Tertarik dengan Khutbah Jumaat 22 Oktober 2010, yang membicarakan isu ini, penulis ingin berkongsi sedikit hasil kajian dan sumber yang telah diperolehi untuk tatapan pembaca.
                        
              Portal Berita Harian melaporkan, seramai 17,303 anak luar nikah Melayu atau tidak sah taraf didaftarkan di seluruh negara sepanjang tahun lalu.Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Datuk Alwi Ibrahim, berkata bilangan itu meningkat 762 kes berbanding tahun sebelumnya.Pada 2008 seramai 16,541 anak luar nikah didaftarkan di JPN manakala pada 2007 seramai 16,100 orang.Alwi menjelaskan dalam tempoh lima tahun lalu, JPN mencatatkan 74,723 pendaftaran anak luar nikah adalah membabitkan orang Melayu/Islam.Ini tidak termasuk kes buang bayi yang dilaporkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). “Sepanjang tempoh ini, 214,033 bayi pelbagai bangsa didaftarkan dengan status anak tidak sah taraf, termasuk kes anak yang tidak berbapa 104,834 orang dan 109,199 orang mengikut Seksyen 13, Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 1957 (Akta 299),” katanya kepada Berita Minggu.

              Mengikut Seksyen 13, bayi itu dianggap anak yang dilahirkan hasil ikatan perkahwinan tidak teratur atau tidak sah mengikut undang-undang negara.Ini termasuk anak hasil hubungan luar nikah bagi orang Melayu/Islam atau pernikahan tidak didaftarkan mengikut undang-undang negara.Bayi yang lahir kurang enam bulan dari tarikh pernikahan ibu bapanya juga termasuk dalam status sama.

       
             Bagi anak pasangan bukan Islam, kebanyakan kes merujuk kepada anak dilahirkan sebelum tarikh pendaftaran perkahwinan atau anak yang tidak mempunyai bapa.Dalam tempoh lima tahun dari 2005 hingga 2009, pendaftaran ‘anak luar nikah’ membabitkan orang Melayu menduduki tempat kedua dengan 74,723 kes, di belakang kaum-kaum lain dengan 91,922 kes, diikuti India (23,696 kes) dan Cina (23,692 kes).Beliau berkata, bayi tanpa bapa daripada keturunan Melayu/Islam diletakkan nama diikuti ‘bin’ atau ‘binti’ Abdullah atau mana-mana nama pilihan Asma Al-Husna (nama-nama Allah). “Keputusan itu selaras ketetapan Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan dan ia juga selaras format baru sijil kelahiran yang memerlukan nama penuh bayi berserta bin atau binti dipaparkan pada sijil kelahiran.           
            
             “Bagaimanapun, hanya maklumat ibu akan dimasukkan dalam sijil kelahiran bayi berkenaan dan nama pada MyKad kanak-kanak itu kekal menggunakan nama dalam sijil kelahiran,” katanya.Bagi kes bayi pasangan yang berkahwin di luar negara tanpa mendaftar semula di Malaysia, beliau menasihatkan mereka menyelesaikan urusan dengan pihak berkaitan termasuk majlis agama atau mahkamah.“Jika anak dilahirkan di luar negara, daftar dengan kedutaan dan apabila pulang ke Malaysia, daftar semula dengan JPN. “Bagi kes yang tidak mendaftar perkahwinan mereka tetapi sudah mempunyai anak, mereka boleh mendaftar terus untuk dapatkan sijil kelahiran tanpa perlu dokumen daripada mahkamah, tetapi nama bapa tidak akan dimasukkan dalam rekod. “Maklumat itu boleh diganti dengan nama sebenar bapa selepas mendapat pengesahan status perkahwinan,” katanya.

Berita Mahasiswa

Picture
Universiti bukan tempat meraih sokongan parti kerajaan, pembangkang

SEJAK seminggu lalu, perbahasan isu mahasiswa berpolitik begitu hebat diperdebatkan. Baik di pihak mahasiswa mahupun kerajaan, masing-masing cuba menegakkan pendirian tersendiri sehingga menimbulkan polemik yang tidak berkesudahan.


http://www.bharian.com.myBiarpun sudah jelas keputusan kerajaan mengekalkan larangan berpolitik kepada mahasiswa institusi pengajian tinggi (IPT) awam, masih ada kedengaran suara kecil yang mengharapkan berlaku perubahan ke atas keputusan yang dibuat sebelum ini.Jalan bagi menghalalkan politik masuk ke kampus dicari termasuk saranan meminda semula Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) sekali gus membuka peluang untuk berpolitik kepada mahasiswa.

Malah, salah satu resolusi Konvensyen Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) IPTA 2010 yang berlangsung di Bangi, Selangor baru-baru ini turut merumuskan wujud kepentingan untuk membenarkan mahasiswa terbabit dalam politik demi memenuhi keperluan pembangunan mahasiswa dan pembentukan dasar negara.

Persoalannya, politik bagaimanakah yang diharapkan daripada kelompok mahasiswa ini? Apakah mereka benar-benar cukup layak dan matang untuk terjun ke bidang politik? Sejauh mana keupayaan mahasiswa mengimbangi tanggungjawab hakiki menuntut ilmu?

Berkongsi pendapat mengenai isu itu, Presiden Majlis Perwakilan Pelajar, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Muhammad Zaki Omar, berkata universiti bukan tempat untuk berpolitik, apatah lagi jika membabitkan mahasiswa yang disifatkannya masih belum cukup menyerlah kematangannya dan pengetahuan untuk membicarakan isu politik secara serius. 
Katanya, fungsi universiti sebagai gedung ilmu perlu dihormati dan kegemilangannya tidak wajar dicemari dengan kepentingan survival politik masing-masing bagi pihak kerajaan mahupun pembangkang. 

“Saya berpengalaman dalam suasana pilihan raya kampus UTM sejak dua sesi lalu dan ia memberi peluang untuk saya berinteraksi dengan mahasiswa, bukan saja di UTM, malah IPTA lain di seluruh negara. 

“Kesedaran dan kematangan mahasiswa belum cukup kuat dan ia dapat dilihat setiap kali berlangsungnya pilihan raya kampus di mana-mana IPTA.

“Biarpun dalam pilihan raya berskop kecil, wujud unsur provokasi, surat layang, gunting poster, bakar poster, rapat umum yang tegang dan kata mengata antara dua pihak.

“Sesetengahnya menganggap ia sebahagian strategi bagi memenangi pilihan raya dan ia berlaku kalangan mahasiswa yang dikatakan matang dan mempunyai daya intelektual yang tinggi.

“Unsur fanatik dengan kumpulan tidak dapat dielakkan sekalipun pilihan raya sudah tamat hinggakan di sesetengah kampus, Kabinet mahasiswa mengambil masa lebih daripada tiga bulan untuk dibentuk akibat masalah dalaman dan ketidaksepakatan antara calon yang menang,” katanya.

Jika idea berpolitik ini direalisasikan, beliau bimbang membayangkan situasi pilihan raya kampus akan datang apabila politik kepartian dibenarkan menjengah dan mengisi ruang kampus dengan bendera parti sebagai bukti dominasi parti politik di kebanyakan kampus.

Malah, katanya, tidak mustahil suatu hari nanti universiti akan dilabel sebagai universiti UMNO, MCA, MIC, PAS, PKR, DAP mahupun Barisan Nasional atau Pakatan Rakyat dan ia tidak sewajarnya tidak berlaku di mana-mana universiti.

Sementara itu, Pengerusi Jemaah Yang Dipertua (YDP)/Presiden MPP IPTA Sidang 2009/2010, Ahmad Wafi Sahedan, berkata resolusi dicapai Konvensyen MPP IPTA baru-baru ini bukanlah satu keputusan muktamad mahupun rasmi, sebaliknya memerlukan kajian dan perincian teliti mengenai itu.

Katanya, sebahagian besar resolusi termasuk usul membenarkan mahasiswa berpolitik masih lagi dibincangkan di peringkat MPP khususnya kalangan YDP dan Presiden.

“Setiap resolusi yang dicapai bukanlah sesuatu yang muktamad, kami perlukan berbincang secara serius dalam konteks ilmiah selain mengalu-alukan input mahupun pandangan kalangan mahasiswa lain.

“Kita tidak mahu membuat keputusan terburu-buru yang mungkin suatu hari nanti dikhuatiri boleh menjejaskan keintelektualan mahasiswa sebagai barisan pelapis kepimpinan negara pada masa depan,” katanya.

Bagi mahasiswa Tahun Dua, Sarjana Muda Sains Politik, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Syed Kamil Al-Hady Syed Md Nasser, banyak kesan pro dan kontra mengenai isu itu terhadap mahasiswa, namun beliau merasakan tidak perlulah mahasiswa diseret ke kancah politik, apatah lagi menunjukkan kecenderungan mereka kepada sesetengah parti.

Katanya, soal kematangan mahasiswa bukannya boleh diukur kerana ia bersifat subjektif dan sebaiknya mahasiswa perlu sedar dengan tanggungjawab hakiki dipikul ketika berada di universiti.

INFO: Resolusi Konvensyen MPP IPTA 2010

Model Baru Ekonomi
  • Mahasiswa perlu lebih kompetatif menerusi penerapan nilai keusahawanan dalam diri 
  • Mahasiswa perlu ada kekuatan bagi memasarkan diri di sektor swasta dan global
  • Kaedah aplikasi MEB yang lebih terbuka dan mudah difahami masyarakat

    Kefahaman Mahasiswa Mengenai Konsep 1Malaysia
  • Perlukan gabungan kelab dan persatuan di universiti
  • Penyerapan gerak kerja kesatuan pemikiran dan tindakan
  • MPP menjadi penggerak terpenting dalam soal perpaduan
  • Menjadi ejen penerangan dan penghebahan konsep 1Malaysia
    Kebebasan Bersuara
  • Mahasiswa perlu bebas dari mana-mana pihak
  • Benarkan mahasiswa berpolitik yang bersifat segar dan sihat

    Rumusan
  • Konsep 1Malaysia dalam konteks negara bangsa perlu diterapkan menerusi sistem pendidikan di peringkat awal
  • Wujud kepentingan kepentingan untuk membenarkan mahasiswa terbabit dalam politik demi memenuhi keperluan pembangunan mahasiswa dan pembentukan dasar negara 

    Bersikap positif, peka perkembangan isu semasa

    “PENDIRIAN kerajaan terhadap isu itu sudah jelas dan mahasiswa sewajarnya akur dengan keputusan itu,” tegas Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Universiti Putra Malaysia, Prof Dr Mohd Fauzi Ramlan.

    Beliau yang juga Pengerusi Majlis Kepimpinan dan Latihan Universiti Malaysia (MAKLUM), berkata mahasiswa tidak perlu lagi mencari jalan atau mendesak kerajaan mengubah pendirian itu, malah perlu menghormati keputusan itu.

    “Kita galakkan mahasiswa untuk peka dengan perkembangan dan isu semasa mengenai politik negara, tetapi untuk mahasiswa membabitkan diri dalam dunia politik bukanlah satu keperluan.

    “Sebagai seorang yang berpengetahuan, mahasiswa perlu bersikap positif kerana apa saja yang diputus kerajaan bukan saja memberi kebaikan kepada mahasiswa, malah universiti. Tidak perlulah terlalu taksub untuk berpolitik, sekarang bukan masanya,” katanya.

    Perspektif berbeza dilontarkan Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) yang menyifatkan peluang mahasiswa berpolitik mampu meningkatkan kesedaran dan mengharmonikan pendidikan politik kalangan mahasiswa.

    Setiausaha Agungnya, Abu Qassim Nor Azmi berkata pendirian itu bertitik tolak dari kebimbangan PKPIM terhadap menularnya kelompok yang “jelek politik” atau sindrom “politicophobia” di IPTA dan IPTS di Malaysia hasil dari konflik dan polemik yang berpanjangan dalam arus perdana kontemporari. 

    “Kita khuatir, sekiranya ia tidak dibendung, peristiwa seperti `Hari Tanpa Politik` yang pernah dianjurkan di Perancis akan menjadi budaya di negara kita yang pastinya menafikan kesyumulan makna hidup manusia.

    “Peluang mahasiswa berpolitik adalah suatu proses penghakupayaan mahasiswa atau “youth empowerment” dan bukannya “party empowerment” yang menjurus kepada usaha meningkatkan sokongan generasi muda kepada parti tertentu,” katanya. 
  • sumber: http://www.bharian.com.my

  • Pautan:http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Kekalkecemerlangan/Article

    Kekal kecemerlangan
    Oleh Nik Sukry Ramli
    niksukry@bharian.com.my
    2010/09/28

    DARI kiri, Mohd Ismail, Syed Arabi dan Khaliq Ahmad melancarkan penjenamaan semula pusat pengurusan UIAM Gombak, baru-baru ini. Pusat Pengurusan UIAM jalani proses penjenamaan semula

    "PENJENAMAAN semula Pusat Pengurusan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) mampu menjana pendapatan secara konsisten,” kata Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan Permodalan Nasional Berhad (PNB), Tan Sri Hamad Kama Beliau kata, usaha itu sekali gus meningkatkan keyakinan pelajar memilih institusi pengajian tinggi awam (IPTA) berkenaan sebagai pilihan utama. Katanya, model perniagaan dan program pengajian siswazah diperkenalkan UIAM sejak 1993 bersesuaian dalam usahanya mempersiapkan pelajar yang lebih berdaya saing dalam pasaran global.

    “Pendekatan ini sejajar dengan usaha mengubah Malaysia daripada negara berpendapatan sederhana kepada berpendapatan tinggi.

    “Saya percaya proses penjenamaan semula dapat mengekalkan kecemerlangan UIAM sebagai IPTA yang memiliki program pengurusan siswazah terbaik di negara ini,” katanya ketika menyampaikan ucaptama pada Majlis Penjenamaan Semula Pusat Pengurusan UIAM di Gombak, Selangor, baru-baru ini.

    Hadir sama Rektor UIAM, Prof Datuk Seri Dr Syed Arabi Idid; Timbalan Rektor (Penyelidikan dan Inovasi) UIAM, Prof Dr Ahmad Faris Ismail; Dekan Kulliyyah Ekonomi dan Sains Pengurusan, Prof Dr Khaliq Ahmad dan Pengarah Pusat Pengurusan Siswazah UIAM (IIUMGSM), Prof Dr Mohd Ismail Sayyed Ahmad.
    Sementara itu, Syed Arabi berkata, penjenamaan semula itu diharapkan melonjakkan usaha menjana pendapatan IIUMGSM.

    IIUMGSM kata beliau, secara konsisten sejak 2008 menjana pendapatan membanggakan. Pada 2008 menyaksikan sejumlah RM3.6 juta. Perolehan tahun lalu terus meningkat dengan sejumlah RM4.4 juta diraih daripada pelbagai sumber termasuk daripada industri.

    “Selain itu, kerjasama pintar dengan Bank Negara Malaysia, Bank Indonesia, Yayasan Sasakawa (Jepun), Perkhidmatan Awam (Brunei), Maybank dan Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (KWSP) memantapkan program pengajian.

    “Masing-masing menyediakan kepakaran bagi program pengajian Ijazah Doktor Falsafah Pengurusan Perniagaan (DBA); Ijazah Sarjana Pengurusan Perniagaan (MBA); dan Ijazah Sarjana Pengurusan (MMgt). Kelebihan ini meningkatkan keyakinan pelajar tempatan dan antarabangsa dalam memilih UIAM sebagai IPTA pilihan,” katanya.

    Ramadhan yang dinanti, Syawal yang dirai

    Picture
    Barisan kepimpinan Majlis Kolej Kediaman sesi 09/10 mengucapkan selamat menyempurnakan ibadah puasa seterusnya menyambut ketibaan Aidilfitri yang mulia disamping keluarga. Pertembungan cuti semester dan dan tiga cuti umum yang utama, menghangatkan lagi suasana cuti pertengahan semester kali ini.



    Tanggal 31 Ogos sentiasa menjadi tarikh keramat warga Malaysia tanpa mengira perbezaan agama, kaum dan budaya sebagai simbolik kemerdekaan tanah air tercinta. Sebagai mahasiswa, kita dituntut  membina semangat jati diri dan cinta akan negara dengan mwnjiwai sejarah kemerdekaan negara.Ia juga perlu disertakan doa yang berpanjangan agar kemerdekaan dan kemakmuran negara kekal selamanya.



    Politik luar dan dalamnegara yang sentiasa diganggu oleh anasir yang mehukan kedudukan negara goyah perlu disedari oleh generasi hari ini agar kita lebih berwaspada dalam pelbagai perkara. golongan mahasiswa perlu sedar dan memberikan kesedaran kepada masyarakat terutamanya golongan belia yang tiada peluang menjejakkan kaki ke universiti untyuk sama-sama menyokong kedaulatan an kepimpinpinan negara.

     Untuk mengetahui lebih lanjut menegnai Malaysia dan pencapaian negara, anda bolehla pergi ke pautanlinks untuk click ke laman merdeka negara.


    MKKUMT.UMT.WEEBLY.COM MAJLIS KOLEJ KEDIAMAN UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU